Ok pertama sekali course ni lebih menekankan kepada pengurusan sumber manusia dimana korang akan dilatih dan dimahirkan dengan ilmu ilmu pengurusan yang dipraktikkan dalam organisasi masa kini. Di samping memahami dan memperolehi ilmu pengetahuan di dalam pelbagai bidang pengurusan pentadbiran seperti ilmu pemasaran, perakaunan, ekonomi dan kemahiran berfikir :) Course ni juga memberi pendedahan secara menyeluruh dan terperinci kepada korang mengenai Pengurusan Sumber Manusia yang terperinci bagi melahirkan pekerja yang berkualiti, bergaya, keunggulan ( hahaha ayat adnan sempit ) dalam sektor kerajaan dan swasta di Malaysia :)
Kalau korang yang baru lepas SPM 2010 berminat nak apply course ni, korang boleh la apply dekat mana mana Universiti atau Kolej yang ada menawarkan course ni haha :D

0 comments:
Post a Comment