Adakah Daihatsu dan Toyota akan mengikuti trend seperti mana yang dilakukan Proton hanya kerana Perodua adalah syarikat automotif tempatan? Sudah tentu tidak dan kini ura-ura bahawa Perodua akan mengeluarkan model terbaru bagi menggantikan Perodua Myvi, model tempatan terlaris selama 5 tahun berturut-turut sedang rancak dibincangkan oleh peminat-peminat dunia automotif, khususnya di dalam website dan blog permotoran tempatan.
Jika pengeluaran Perodua Alza boleh dijangka dan diketahui lebih awal hanya kerana Daihatsu mengeluarkan model yang sama di Jepun dengan nama Daihatsu Boon Luminas, dan kemudiannya Toyota dengan nama Toyota Passo Sette, Perodua Myvi baru pula dijangka akan muncul di pasaran tempatan kerana Daihatsu telah mengeluarkan model terbaru Daihatsu Boon dan Toyota dengan Toyota Passo generasi kedua di Jepun.
Perodua Myvi baru dijangka akan dilancarkan pada April 2011 atau selewat-lewatnya pada pertengahan tahun yang sama. Seperti dijangkakan banyak pihak, Perodua Myvi baru adalah model yang sama dengan Daihatsu Boon dan Toyota Passo terbaru di Jepun, cuma model rebadge tersebut akan menampilkan beberapa perubahan seperti kelaziman untuk sesebuah model yang dipasarkan di sini.
Selain itu antara yang menarik perhatian ialah Perodua Myvi baru dikatakan akan memiliki enjin baru berkapasiti 1.5 liter, mungkinkah enjin yang sama ketika ini digunakan pada Perodua Alza? Kemungkinan besar varian Myvi terbaru dengan enjin 1.5 liter adalah bagi versi highline disamping enjin 1.3 liter untuk model medium line.
Sumber: Arena Kereta
1 comments:
Kalau perodua..patutnya 6 bulan sekali boleh keluar model baru. kenapa? kerana tiada kos pembangunan model...setakat test bumper depan ngan belakang ..tu pun aerodinamik test tak buat jugak..
Proton perlukan semuanya dari sehelai kertas sehingga siap..Berapa kos utk satu model baru? tak kurang 500 juta..berapa kos nak tuka lambang jepun ke perodua? Lu pikir la sendiri....
Post a Comment