What's Up Fresh ?

Pengikut

Tuesday, December 21, 2010

Medical Checkup

Tepat jam 730 pagi, aku terdengar suara orang memekik mekik memanggil namaku, " aminnnnn bangun lah, membuta jeee, kata nak buat medical checkup " suara tersebut memecah masuk ke dalam gegendang telingaku lantas aku terus terjaga seperti orang yang baru lepas bermimpi hahah. Oh aku baru teringat yang aku kena buat medical checkup pada harini. Benda ni dah lama aku postpone sebab aku dan ayahku sibuk. Aku bukan tak boleh pergi sendiri cuma kalau aku pergi sendiri memang kaku la dekat kaunter pembayaran sebab duit takde hahaha

Sesudah aku bersiap, aku, adik dan ayahku mula bergegas pergi ke hospital sebab takut orang ramai. Aku mencadangkan Hospital Pusrawi yang bertempat di Jalan Tun Razak, berhadapan dengan Institut Jantung Negara kerana disitu perkhidmatannya  amat memuaskan dan pantas. Kalau diikutkan aku ni dah dikira agak lewat buat medical checkup sebab tarikh kemasukkan aku belajar di KPTM KL ialah pada 4.1.2011. Apa yang aku risaukan ialah pasal x-ray sebab ramai diantara kawan kawan aku cakap yang diaorang dulu buat dekat hospital kerajaan memang tunggu lama nak dapat results x-ray ni. Aku pun tak pernah tahu pasal ni sebab aku tak pernah check x-ray aku haha dan dorang cadangkan Hospital Pusrawi dan aku pun pergi ke sana. Sampainya disana aku terus bertanya dekat pak guard disana tempat untuk membuat medical checkup dan ianya bertempat di tingakat 7.

Selepas selesai mendaftarkan diri, aku disuruh oleh nurse yang agak cun haha untuk turun ke tingkat 2 dan menjalani ujian air kencing. Benda ni aku dah biasa sangat dan aku tak takut sebab aku tak ambil benda benda negatif kecuali rokok je haha. Apa yang aku tak biasa ialah tabung air kencing tu kecil sangat hahahaha. Selepas 10min aku pun turun ke tingkat 1 untuk pemeriksaan x-ray. Tunggu punya tunggu tak sampai 10min nama aku dipanggil oleh seorang doktor lelaki yang aku anggarkan berusia 30an. Aku agak gementar sedikit masa tu bukan sebab takut tapi sebab kenapa doktor tu pandang aku macam dia lapar je, aku rasa hairan. Lepas tu tanya aku macam macam sampai nurse pun tegur dia suruh cepat sikit hahaha. Time aku nak bukak baju untuk x-ray dada aku dah mula segan sebab bentuk badanku tak lah segagah david beckham tetapi ada lah jugak muscle muscle yang terkeluar dan terbonjol hahahaha. Aku risau doktor tu buat pelik pelik je tapi sumpah dengan cara dia aku rasa doktor tu gay. Jangan marah eh doktor, benda nampak macam kenyataan hahahahah. 


Selepas habis x-ray aku naik semula ke tingkat 7 untuk pemeriksaan seterusnya. Ok yang pemeriksaan kat tingkat 7 ni best sebab nurse dia sporting habis. Tak sombong bila ajak berbual haha yela aku boring dah la tunggu dalam wad sorang sorang, ayah dengan adik aku pergi makan dekat kantin. Gila sedih tak ajak makan huahua. Nurse tu check aku punye berat, tinggi, tekanan darah, aku rabun ke tak haha dan aku amat bersyukur setelah selesai semua pemeriksaan, keputusannya ialah aku NORMAL dan boleh meneruskan pembelajaranku. Nurse tadi siap cakap lagi, nanti amin dah belajar buat elok elok, jangan nak main main, ingat Allah, ibu ayah, sentiasa berdoa dan buat yang terbaik untuk keluarga, diri sendiri dan orang lain. Weh gila terharu aku nurse cakap kat aku macam tu hahah tapi apa apa pun aku bersyukur sebab segalanya sudah selesai dan aku sekarang hanya menghitung hari untuk aku menjejakkan kaki ke alam pembelajaran semula hahaha no more main main, ni masa depan aku dan aku akan buat yang terbaik. Doakan kejayaan aku kawan kawan :D
Best Blogger Tips

0 comments:

Post a Comment