Korang kenal dengan binatang ni ? Buaya ni bernama Gustave, seekor buaya legenda bersaiz besar dan berasal dari Afrika Tengah. Asal buaya ni ialah di daerah Burundi. Sebab itu buaya ni terkenal dengan panggilan Gustave of Burundi. Panjang badannya mencapai 22 kaki atau sekitar 6,7 meter dan beratnya mencapai kurang lebih 2000 pounds/1,3 ton! Erghh ? Gila berat duhh. Buaya ni masih hidup sampai sekarang dan umurnya dianggarkan telah mencapai usia 60 tahun lebih. Gustave telah lama menjadi buruan para fotographer dunia yang ingin mengabadikan gambarnya. Ia begitu terkenal semenjak terjadinya perang saudara antara warga di Rwanda dan Burundi. Masa itu ratusan mayat telah dibuang ke sungai tempat si Gustave melepak hahaha. Mayat mayat tersebut pun menjadi santapan terbaik bagi sang gergasi ni lah nampaknya. Ia dianggarkan telah makan sekitar 300 manusia!. Wtf? Sasarannya ialah manusia yang berada di persekitarannya.
Sebuah perusahaan perfileman pernah mengabadikan kisah hidup si Gustave ni dalam sebuah filem yang berjudul "PRIMEVAL". Ia juga mendapat gelaran "Man-eater" oleh para media. Warga setempat disitu percaya bahawa Gustave bukanlah bersaiz buaya biasa melainkan Gustave ialah seekor buaya titisan darah dewa! Ok yang ni aku tak berapa faham haha dan masih banyak lagi mitos-mitos yang berkembang seiringan dengan kisah sepak terjang si Gustave. Sepak terajang ? Woww
0 comments:
Post a Comment