What's Up Fresh ?

Pengikut

Tuesday, December 21, 2010

Kucing Ramal Tepat 50 Kematian

                                               
Fenomena terbaru mengenai kucing bernama Oscar yang tinggal di rumah penjagaan telah mengagumkan kakitangan perubatan yang bekerja disitu kerana telah meramal 50 kematian secara tepat. Oscar melakukannya dengan duduk bersama pesakit pada tempoh-tempoh terakhir hidup mereka.


Dr David Sin, seorang geriatric(pakar senior)yang juga pembantu profesor di Brown University menyatakan bahawa dalam tempoh masa 5 tahun terakhir, Oscar hampir tidak pernah melakukan sebarang kesilapan. Bahkan, Oscar seringkali membuktikan  kesalahan ramalan kakitangan perubatan di rumah penjagaan itu mengenai pesakit mana yang akan menghembuskan nafas terakhir.



Oscar yang sekarang berusia 5 tahun, dikenali sebagai kucing yang tidak suka bersosial. Sewaktu Oscar masih kecil, dia dibela oleh Rumah Jagaan Steere House dan Rehabillitation Center di Providence, Rhode Island yang khusus merawat orang orang tua yang mengalami dementia dan Alzheimer. Oscar dibela dan dia membesar di tingkat 3 bangunan itu.

Dr Sin pertama kali menceritakan kemampuan Oscar di dalam sebuah artikel di New England Journal Of Medicine pada tahun 2007. Sejak itu, Oscar telah berjaya meramal tepat kematian dengan jumlah yang banyak. Kemampuan Oscar membuatkan para kakitangan perubatan di rumah jagaan itu bertambah yakin.


Oscar kebiasaannya akan berjalan di dalam satu bilik ke bilik yang lain. Jika Oscar merasakan ada pesakit yang akan meninggal dalam beberapa jam yang akan datang, Oscar akan menghampirinya, melompat ke sisi katil pesakit dan mendiamkan diri disitu untuk beberapa waktu. Oscar tidak akan melakukan perihal sebegitu kepada pesakit yang masih lagi sihat. 


Jika pintu pesakit yang akan meninggal ditutup. Oscar akan mencakar-cakar pintu tersebut agar ianya dibuka.


Pernah terjadi pada satu hari, kakiktangan perubatan sedang mengira jumlah pesakit yang akan meninggal. Jadi mereka mengambil Oscar dan meletakkannya di sisi pesakit.

Oscar yang tidak merasakan kematian pesakit tersebut dengan segera melarikan diri ke katil pesakit lain. Ternyata penilaian Oscar lebih tepat berbanding jururawat. Pesakit kedua yang didampingi Oscar meninggal pada malam hari tersebut sedangkan pesakit pertama meninggal selang 2 hari selepas kematian pesakit kedua.

Dr. Sin dan stafnya sangat yakin dengan penilaian Oscar sehingga mereka akan segera memberitahu keluarga pesakit tatkala melihat Oscar mendampingi dan melompat ke arah pesakit yang berada disitu.

Rumah jagaan itu juga memelihara 5 ekor kucing yang lain. Namu tiada satu pun yang menunjukkan tingkah laku yang sama seperti Oscar.

Dalam bukunya yang berjudul:"Making rounds with Oscar : The extraordinary gift of an ordinary cat”, Dr. Sin tidak dapat memberikan penjelasan sains yang kukuh mengenai perihal Oscar.

Beliau hanya bahawa Oscar mempunyai kebolehan seperti anjing, iaitu dapat mencium bau kanser dan mengesan Ketones, sejenis biokimia berbau yang keluar daripada sel-sel mati 


Nicholas Dodman, seorang pakar perihal haiwan di Tufts University Cummings School of Veterinary Medicine menyarankan untuk mendokumentasikan perihal Oscar lebih mendalam lagi untuk mengetahui adakah Oscar benar benar merasakan kematian atau sekadar tertarik dengan selimut hangat yang sering diberikan kepada pesakit.

Peranan Oscar bukan sahaja mengetahui saat kematian pesakit malahan Oscar menjadi penghibur kepada keluarga pesakit yang telah meninggal. Mereka amat menyenangi kehadiran Oscar.
Dalam iklan kematian di dalam surat khabar, beberapa buah keluarga mengucapkan terima kasih khusus kepada Oscar.

Dr. Sin berkata "Kebanyakan daripada keluarga si mati ternyata gembira dengan kehadiran Oscar sebagai penghibur hati duka walaupun mereka telah kehilangan orang tersayang"


Oscar merupakan seekor kucing yang amat ajaib kerana Oscar dapat meramal 50 kematian dengan tepat tanpa sebarang kesilapan. Itulah yang membuatkan Oscar sangat disayangi kerana ianya terlalu istimewa! 









                             Best Blogger Tips

0 comments:

Post a Comment